PROGRAM CSR DI ZOO MELAKA

CSR di Zoo Mekaka

Pada Khamis, 28 Febuari ahli kelab Mesra Alam, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menjalankan Corporate Social Responsibility (CSR) di Zoo Melaka. Program ini melibatkan 23 orang pelajar dan 18 orang pensyarah. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak Zoo Melaka. Melalui taklimat tersebut  peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

 



Program bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Aktiviti yang dijalankan oleh peserta program ialah membersihkan daun kering dan memberi makanan kepada haiwan. Langkah keselamatan amat dititikberatkan oleh penjaga Zoo dalam program ini. 



Pelaksanaan CSR di Zoo Melaka ini telah berjaya mengajar semua peserta untuk menyayangi dan memupuk perasaan kasih sayang antara flora dan fauna.


Disediakan oleh: Raja,Zareena,Izzah,Syazwani dan Arif

Comments

Popular posts from this blog